Enrolment options

Kursus Eksplorasi Al: Gemini dan NotebookLM

Course categoryMicro Credential Courses (MC)

Dalam kursus ini, peserta akan meneroka bagaimana Google Gemini dan NotebookLM boleh menjadi "Al co-pilot" untuk meningkatkan produktiviti, mempercepatkan analisis maklumat, dan menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dalam masa yang lebih singkat. Peserta akan bermula dengan memahami asas Al Generatif dan prinsip prompt yang berkesan, sebelum diajar aplikasi praktikal menggunakan Gemini untuk penjanaan idea, penulisan professional, perancangan strategik, dan penyelesaian masalah.

Seterusnya, peserta akan memanfaatkan NotebookLM untuk mengurus dokumen, meringkaskan laporan panjang, menganalisis sumber rujukan, dan membina sintesis maklumat secara sistematik. Kursus ini direka dalam format yang menggabungkan teori dan praktikal, berorientasikan tugasan dunia sebenar yang membolehkan peserta terus mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Pada akhir kursus, peserta bukan sekadar memahami Al, malah tahu bagaimana menggunakannya secara strategik

Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
LO1: Memahami bagaimana Al dan Al Generatif berfungsi, serta prompt untuk menghasilkan output yang jelas, relevan dan bernilai tinggi.
LO2: Mengaplikasikan Google Gemini sebagai pembantu pintar untuk pekerjaan.
LO3: Menggunakan NotebookLM secara sistematik untuk pekerjaan. 

Kaedah Penilaian (Assessment Methods)
Pencapaian hasil pembelajaran pelajar akan ditunjukkan dan dinilai melalui kaedah penilaian berikut:
Refleksi (Reflection)
Kuiz (Quiz)
Projek Akhir

Guests cannot access this course. Please log in.