Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nama saya Hazwani binti Hussein dan merupakan pelajar semester 6. Saya merupakan pelajar major Kimia dan minor Biologi. Saya yakin dan percaya bahawa kursus ini dapat membantu saya dalam menyiapkan diri sebagai seorang guru dalam aspek teknik pengajaran, pengurusan bilik darjah, merancang pengajaran, penggunaan teknologi dan pengurusan masa yang baik. Oleh itu, saya berharap saya dapat mempelajari banyak perkara di dalam kursus ini dan dapat menggunakannya pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.