Hai! Saya Nur Farhah Afifah Binti Mayuni @Abd Rahman. Pada saya, saya boleh belajar secara online mahupun face to face. Kaedah pengajaran secara online tidak terbeban kepada saya mahupun secara bersemuka. Sedikit pengenalan tentang diri saya, saya seorang yang lemah dalam coding, tetapi jangan risau saya bukan sejenis yang cepat putus asa, saya akan cuba berusaha sehabis baik saya untuk belajar perkara baharu. Saya juga amat memerlukan bantuan Dr. dan juga rakan-rakan dalam membantu saya untuk memahami topik-topik yang akan dipelajari nanti. Saya juga berharap perasaan gembira saya untuk belajar subjek ini akan sentiasa ada sehingga ke hujung semester. Semoga hati saya sentiasa lapang untuk menerima setiap ilmu yang akan disampaikan dan dikongsikan oleh Dr. Saya berharap subjek ini tidak terlalu sukar dan saya juga berharap saya mendapat A. Semoga semuanya berjalan baik untuk semester ini. Goodluck untuk diri saya!