
Micro Credential Courses (MC)
Kursus ini mendedahkan peserta tentang keterampilan berbahasa Arab yang berkaitan dengan hukum hakam feqah islamiyyah dalam keempat-empat mazhab, iaitu; mazhab Al-Imam Hambali, Al-Imam Maliki, Al-Imam Hanafi dan Al-Imam As-Syafie'i. Peserta juga merungkai isu-isu yang menyentuh dalam bidang fiqh, hukum, tafsir ayat-ayat al-Qur-’an dan hadits menerusi keunikan bahasa serta biografi para ulama terkemuka dari kalangan perawi dan ahli hadits dalam kitab al-Majmu’ karangan Al-Imam Al-Nawawi Rahimahumullah. Pada akhir kursus ini, peserta akan meneroka persoalan-persoalan fiqhiyyah tentang ibadah asas seperti bab solat, puasa, zakat, haji dan riba'.