
Kursus ini mendedahkan peserta tentang konsep semantik Arab dalam bidang usul fiqh menerusi kitab Al-Muwafaqat, karangan Al-Syatibi. Peserta bukan sahaja dapat menjelaskan dasar- dasar ilmu usul fiqh dengan metodologi baru yang berlandaskan penelitian penuh (istiqra') dari sumber utama Syariah (Al Quran dan Sunnah), tetapi juga boleh membahaskan dasar-dasar utama untuk memahami Syariah Islamiyah secara menyeluruh. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah; muqadimah usul fiqh, bab al-maqasid, bab dalil-dalil syarie dan bab As-Sunnah.