
Kursus ini mendedahkan peserta tentang kajian teks Arab yang berfokus kepada morfologi Arab dalam kitab Al Luma' Fi Usul Fiqh yang membahaskan secara mendalam tentang Usul Fiqh. Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan dengan pecahan-pecahan yang terdapat di dalam ilmu Usul Fiqh dan peserta dapat menerangkan dan membahaskan tatacara ijtihad berkaitan isu-isu semasa berpandukan kaedah yang disarankan oleh Imam Al-Syairazi .