
Kursus ini menjelaskan kajian korpus Arab dalam konsep Fiqh al-Awlawīyyat (Fekah Keutamaan), asas dan dasarnya, kepentingan memahami, pelaksanaannya dalam kehidupan dan kesan pengabaian Fiqh al-Awlawīyyat. Memahami dan membahaskan kaedah menilai prioriti setiap tugasan yang dilakukan apabila berlaku pertembungan antara tuntutan-tuntutan ibadah. Maka, dengan kefahaman ini membantu membuat pilihan tepat dengan mendahulukan perkara yang berhak didahulukan sebelum perkara lain yang sememangnya patut ditangguhkan.