Menyelamat Arus Deras Tahap 1
Kursus yang komprehensif ini memberikan pengetahuan, kemahiran penting dan penekanan terhadap pendekatan terbaik bagi menangani kecemasan di persekitaran air dengan mengenalpasti risiko, menyelamat diri dan pilihan berisiko rendah untuk menyelamatkan orang lain. Peserta akan mempelajari tentang asas ciri-ciri dan bahaya air, peralatan perlindungan diri, teknik penyelamatan yang diutamakan, bermula dengan kaedah berisiko rendah seperti Cakap, Capai, dan Lontar, serta memahami batasan pendekatan berisiko tinggi seperti Row dan Go. Kemahiran berenang dalam arus deras seperti teknik defensif dan ofensif, kemahiran menyeberangi sungai atau banjir, dan strategi menyelamatkan diri dalam situasi kritikal juga turut diberi penekanan. Selain itu, kursus ini turut merangkumi latihan praktikal menggunakan tali lontaran penyelamat, prosedur asas menyelamatkan nyawa seperti CPR/EAR, DRABC, TOTAP, dan prinsip pengurusan risiko dinamik. Kursus ini adalah merupakan amalan standard yang disyorkan untuk mereka yang bekerja di dalam atau di air berarus deras. Ia adalah latihan yang sangat bernilai untuk sesiapa sahaja yang bekerja dalam persekitaran berisiko tinggi ini termasuklah anggota bomba, kakitangan pengurusan sumber dan instruktor pendidikan luar. Di akhir kursus ini, peserta akan dapat meningkatkan kecekapan profesional dan memperoleh keyakinan untuk membuat keputusan yang cepat dan berkesan semasa situasi kecemasan, di samping memahami penggunaan peralatan menyelamat secara selamat dan efisien bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat.
*Kursus ini ditawarkan secara bersemuka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Kokurikulum UPSI 05-4507701
