Kompetensi Kesukarelawanan
Kursus ini bertujuan mendedahkan peserta secara praktikal dalam aspek pengurusan komuniti dalam kalangan golongan rentan.
Peserta akan memahami setiap kepelbagaian dalam komuniti termasuk golongan gelandangan, golongan kurang upaya, warga
emas dan kanak-kanak yang memerlukan praktik berlainan. Pendedahan ini memberi pengalaman sebenar kepada peserta untuk
memahami golongan rentan. Peserta juga akan didedahkan dalam aspek nilai dan etika ketika membantu golongan rentan.
*Kursus ini ditawarkan secara bersemuka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI 05-4505047
