Enrolment options

Penghayatan Etika dan Peradaban

Course categoryMassive Open Online Courses (MOOC)

Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika&peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal & analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika & peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika&peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era prakolonial sehingga ke pascakolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika&peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika&peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika&peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu penghayatan etika&peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga komuniti masyarakat dan negara. Justeru perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika&peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran&pembelajaran bagi mendalami kursus ini. 

Self enrolment - 241
Self enrolment - 241