Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nur Nadhirah binti Rasid dari AT11 dan sedang berada di semester 6. Saya harap dengan mengikuti kursus ini, saya mampu menguasai sama ada secara teori mahupun praktikal terhadap kemahiran-kemahiran pengajaran yang diperlukan sebagai Insan Guru Perantis ketika Latihan Mengajar serta sebagai Insan Guru Profesional akan datang bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, saya harap saya mampu untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dengan terancang dan berkesan serta mahir menulis Laporan Kajian Tindakan dengan baik.