This course is to provide students with the basic knowledge and skills of computer programming. Students will be given knowledge and skills to solve computer programming problems and build the basic program.
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang pengetahuan bahasa Arab berkaitan usul dan qawaid fiqh. Kursus ini turut membincangkan aspek mustolahat, uslub dan faedah-faedah bagi setiap hukum-hakam dalam islam dan kewajipan menuntut ilmu serta adab-adab yang wajib dipelihara.
Kursus ini mendedahkan peserta tentang kajian teks Arab yang berfokus kepada morfologi Arab dalam kitab Al Luma' Fi Usul Fiqh yang membahaskan secara mendalam tentang Usul Fiqh. Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan dengan pecahan-pecahan yang terdapat di dalam ilmu Usul Fiqh dan peserta dapat menerangkan dan membahaskan tatacara ijtihad berkaitan isu-isu semasa berpandukan kaedah yang disarankan oleh Imam Al-Syairazi .
Micro Credential Courses (MC)
Kursus ini mendedahkan peserta tentang keterampilan berbahasa Arab yang berkaitan dengan hukum hakam feqah islamiyyah dalam keempat-empat mazhab, iaitu; mazhab Al-Imam Hambali, Al-Imam Maliki, Al-Imam Hanafi dan Al-Imam As-Syafie'i. Peserta juga merungkai isu-isu yang menyentuh dalam bidang fiqh, hukum, tafsir ayat-ayat al-Qur-’an dan hadits menerusi keunikan bahasa serta biografi para ulama terkemuka dari kalangan perawi dan ahli hadits dalam kitab al-Majmu’ karangan Al-Imam Al-Nawawi Rahimahumullah. Pada akhir kursus ini, peserta akan meneroka persoalan-persoalan fiqhiyyah tentang ibadah asas seperti bab solat, puasa, zakat, haji dan riba'.
Kursus ini merupakan kursus lanjutan bagi kursus BAM1002 (Bahasa Arab Untuk Usul dan Qawaid Fiqhiyyah) untuk membincangkan istilah-istilah Usul Fiqh dengan bersandarkan kepada perbincangan yang terdapat dalam kitab Dirasat Kitab Al-Tamhid Fi Takhrij Al-Furu' 'Ala Al-Usul oleh al-Isnawiy. Peserta didedahkan tentang isu dan perbincangan yang melibatkan ayat Al-Quran dan Hadith Nabi. S.A.W. Selain itu, peserta turut didedahkan tentang perkara perselisihan perkara furu’ dalam kalangan ulama yang mana penyelesaiannya merujuk kepada perkara usul. Di akhir kursus ini peserta akan dapat membincangkan berkaitan dengan 95 kaedah yang terdapat dalam 31 perbahasan masalah dan seterusnya disesuaikan masalah kontemporari semasa.
Kursus ini mendedahkan peserta tentang isu-isu bahasa Arab dalam fiqh kontemporari dari aspek konsep dan aplikasinya. Antara topik-topik yang dibincangkan meliputi prinsip-prinsip perubatan kontemporari menurut Islam, kekeluargaan dan perwarisan harta, muamalat serta perundangan dan kenegaraan Islam. Pada akhir kursus ini, peserta juga membahaskan isu perundangan sosial yang berlaku dalam masyarakat Islam secara global.
Kursus ini mendedahkan peserta tentang konsep semantik Arab dalam bidang usul fiqh menerusi kitab Al-Muwafaqat, karangan Al-Syatibi. Peserta bukan sahaja dapat menjelaskan dasar- dasar ilmu usul fiqh dengan metodologi baru yang berlandaskan penelitian penuh (istiqra') dari sumber utama Syariah (Al Quran dan Sunnah), tetapi juga boleh membahaskan dasar-dasar utama untuk memahami Syariah Islamiyah secara menyeluruh. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah; muqadimah usul fiqh, bab al-maqasid, bab dalil-dalil syarie dan bab As-Sunnah.
Kursus ini mendedahkan peserta tentang linguistik Arab dalam kitab Al-Mughni karya Ibnu Qudamah yang membahaskan tentang perbandingan antara mazhab dengan menjadikan mazhab Imam Ahmad B Hanbal sebagai penanda aras. Melalui kursus ini peserta dapat menghuraikan dengan baik topik-topik perbahasan mazhab Imam Ahmad B Hanbal dan perbezaan pendapat dari kalangan ulama mazhab yang lain sama ada mazhab Malik, Abu Hanifah dan lain-lain.
Kursus ini menjelaskan kajian korpus Arab dalam konsep Fiqh al-Awlawīyyat (Fekah Keutamaan), asas dan dasarnya, kepentingan memahami, pelaksanaannya dalam kehidupan dan kesan pengabaian Fiqh al-Awlawīyyat. Memahami dan membahaskan kaedah menilai prioriti setiap tugasan yang dilakukan apabila berlaku pertembungan antara tuntutan-tuntutan ibadah. Maka, dengan kefahaman ini membantu membuat pilihan tepat dengan mendahulukan perkara yang berhak didahulukan sebelum perkara lain yang sememangnya patut ditangguhkan.
Kursus ini meneliti teks Arab dengan berfokus kepada sintaksis Arab yang berkaitan dengan konsep Islam; Akidah, Syariah dan akhlak Islamiyyah. Antara topik-topik yang dibincangkan meliputi prinsip-prinsip akidah, ibadah, kekeluargaan dan perwarisan harta, muamalat serta perundangan dan kenegaraan Islam.
Kursus ini membincangkan analisis wacana Arab dalam Kitab Al-Umm oleh al-Syafiey. Tajuk perbincangan berkisarkan matan yang terdapat dalam Kitab Al-Umm. Peserta dapat mengetahui topik-topik utama dalam bab puasa yang menjadi perbincangan dan perselisihan dalam kalangan ulama silam. Di akhir Kursus peserta dapat menyesuaikan perbincangan yang terdapat dalam Kitab Al-Umm dengan permasalahan kontemporari dalam bab puasa.
Kursus ini mendedahkan kepada peserta kepelbagaian penggunaan istilah Arab untuk muamalat berkaitan dengan hukum fiqh jual beli yang berlaku dengan merujuk kepada perbahasan yang bersandarkan rujukan syarak dan pandangan empat mazhab serta contoh-contoh jual beli yang kontemporari bersama keterangan dan perbandingan dengan undang-undang jual beli konvensional ciptaan Barat.
Kursus ini mendedahkan peserta tentang penggunaan tatabahasa dan balaghah dalam doa-doa. Antara topik-topik yang dibincangkan meliputi penggunaan dhamir, bentuk ayat dan jenis balaghah yang terdapat dalam doa-doa yang biasa digunakan.
This course aims to give students an understanding of the aspects found in 'yaappilakkanam' Tamil language. Aspects discussed include 'seyyuliyal'. In the Tamil grammar tradition, there is a special grammar For complete and comprehensive poetry. Someone who wants to create Tamil poetry should learn the grammar for poetry known as Yaappilakkanam. Yaappilakkanam which is formulated by Tholkaappiyar in his book Tholkaappiyam allows one to understand, appreciate and create poetry. Most of the knowledge in Tamil is recorded through poetry. Therefore, to delve into the treasures implicit in the literature that is the social document of the Tamil community, Yaappilakkanam's understanding is very important. Through the understanding of Yaappilakkanam, the literature produced by Tamil scholars can be utilized as well as the knowledge is relevant and can help in maintaining the preservation of the traditions of Tamil life.