Melalui kursus ini pemain akan melaksanakan tiga misi iaitu Misi 1: Cabaran Ujian Kelayakan, Misi 2: Baikpulih Q-bot, dan Misi 3: Pencarian Bermula bagi membantu Q-bot merebut kembali permata hijau yang telah dicuri oleh sekumpulan Orang Jahat (OJ) dari simpanan Orang Kampung (OK). Pemain perlu mencapai setiap objektif yang dinyatakan bagi setiap misi dengan berbantukan Mblock, iaitu sebuah perisian pengaturcaraan blok yang mudah difahami oleh pemain. Di akhir permainan, pemain seharusnya menguasai empat elemen asas dalam kemahiran pemikiran komputasional iaitu leraian, pemikiran beralgoritma, peniskalaan, dan pengitlakan.
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. Literasi Maklumat Kendiri membolehkan pengguna belajar menggunakan perpustakaan secara kendiri mengikut kesesuaian masa mereka.