Apakah kriteria yang dipertimbangkan dalam penentuan PLO dan PEO program ? Adakah 5 kluster kemahiran itu wajib dipenuhi oleh semua program akademik pada kadar yang sama. Saya berpendapat program dari bidang sains teknologi dan sains sosial perlu meletakkan perkadaran yang berbeza terhadap pencapaian 5 kluster kemahiran ini.
Buat masa ini, penentuan PLO dan PEO adalah didasari dengan MQF2.0. Namun begitu, pembinaannya mestilah mengambilkira pandangan pihak berkepentingan, industri. serta perkembangan semasa disiplin berkaitan. Dari aspek perkadarannya, ia berbeza dari satu disiplin dengan disiplin yang lain berasaskan setiap atribut MQF2.0/