Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE) merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian dan laporan dalam pendidikan. Ini bagi membolehkan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program dan tamat pengajian di Universiti. Konsep OBE selalunya akan fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di Universiti.
In reply to Norshahrul Marzuki Mohd Nor
Re: Apakah kepentingan OBE kepada pelajar.
by Syakirah Samsudin -Satu pandangan yang baik Dr Norshahrul Marzuki.
In reply to Norshahrul Marzuki Mohd Nor
Re: Apakah kepentingan OBE kepada pelajar.
by Riswan Efendi Efendi -Saya cuba untuk mengaitkan dengan kejadian sehari-hari ya Dr, saya yakin apa yang kita lakukan secara sedar ade tujuan dan kesan yang diharapkan berlaku, harapannya tentu yang baik dan positf. Hal ini tentu juga berlaku dalam bidang PdP, apa yang kita berikan terhadap para pelajar, kita berharap mereka menjadi lebih baik dari kita memahami sesebuah topik jika dibandingkan semasa kita kuliah dahulu. Banyak hal yang pelajar boleh buat selepas mereka keluar dari bilik kuliah kita. Kalau boleh kita menjadi inspirasi untuk mereka. Maaf Dr, mungkin kurang selari dgn teori education.
In reply to Norshahrul Marzuki Mohd Nor
Re: Apakah kepentingan OBE kepada pelajar.
by Jamilah Omar -Terima kasih atas perkongsian Dr. Dr Syakirah adakah mungkin konsep OBE turut boleh diaplikasi dalam pendidikan di sekolah, khususnya dalam mendepani pendidikan ke arah kearifan lokaliti?
In reply to Jamilah Omar
Re: Apakah kepentingan OBE kepada pelajar.
by Thuraiya binti Zakaria Zakaria -Pendidikan berasaskan hasil. Pelajar dapat mempelajari sesuatu melalui kurikulum tersebut bukan sekadar memahami sahaja. Fokus kepada apa yang boleh dihasilkan selepas belajar. Transformasi pendidikan menjadi kan pelajar lebih bersedia dan mengaplikasi ilmu yang diperoleh untuk masa hadapan.
In reply to Thuraiya binti Zakaria Zakaria
Re: Apakah kepentingan OBE kepada pelajar.
by rohaila yusof -OBE penting kepada pelajar kerana kurikulum dibina berdasarkan kepentingan pasaran. Konsep ' designing down' memastikan pembinaan kursus, penyampaian pdp serta strategi pentaksiran adalah berpandungan keperluan akhir iaitu hasil pembelajaran program dan objektif pembelajaran program .
Pada pandangan saya ia boleh dilaksanakan di sekolah. Namun. begitu, seperti di Universiti, transformasi dalam pendidikan akan berlaku yang memerlukan kesediaan dari semua pihak.